Page 21 - peraturan
P. 21
PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA
BAHAGIAN C
PERATURAN DEWAN SELERA/KAFETERIA
1. Pakaian semasa di Dewan Selera / Kafeteria
1.1 Pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan menutup aurat semasa
ke Dewan Selera / Kafeteria.
2. Penggunaan Dewan Selera / Kafeteria
2.1 Semua pelajar dilarang daripada memasuki ruang dapur (tempat
memasak).
2.2 Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan tempat / meja makan.
2.3 Semua peralatan dewan selera tidak dibenarkan dibawa keluar dari
dewan selera / kafeteria.
3. Adab di Dewan Selera / Kafeteria
3.1 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib semasa mengambil / membeli
makanan.
3.2 Kebersihan diutamakan apabila membawa makanan atau minuman ke
bilik asrama.
3.3 Sisa makanan atau minuman hendaklah dibuang ditempat yang
disediakan.
3.4 Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan dewan selera / kafeteria pada
atau selepas waktu yang ditetapkan oleh pihak kolej.
3.5 Sebarang aktiviti jual beli makanan adalah dilarang KECUALI dengan
kebenaran.
- 21 -