Page 26 - peraturan
P. 26
PENGURUSAN TATATERTIB PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA DAN KOLEJ MARA
1.21 Melakukan sebarang
perbuatan yang boleh
mencemarkan nama baik
kolej dan/atau terlibat
dalam mana-mana
prosiding jenayah di
mahkamah sivil dan/atau
mahkamah syariah semasa
masih menjadi pelajar.
1.22 Diputuskan bersalah
oleh mahkamah atas
sebarang kesalahan
jenayah atau yang
melibatkan denda
RM500 ke atas.
1.23 Menyimpan, memiliki,
mengguna, membuat,
mengedar, membawa
atau menjual sebarang
senjata, bahan letupan
atau alatan yang boleh
membahayakan.
1.24 Menyiar dan/atau
mencetak dan/atau
membuka laman
sesawang (web) dan/atau
menonton dan/atau
menyebarkan maklumat/
dokumen yang
mengandungi bahan
berunsur lucah dan/atau
ganas dan/atau tidak
bermoral dan/atau
mengancam keselamatan
negara.
1.25 Bekerjasama dan/atau
terlibat dalam
mempromosi dan/atau
merekrut, melatih
sebarang kumpulan/
pertubuhan haram.
1.26 Memeras ugut atau apa
jua tindakan yang boleh
ditafsirkan sebagai peras
ugut dengan mengguna-
kan sesuatu ancaman
berupa fizikal dan/atau
mental, atau tekanan
keselamatan kepada
mana-mana pihak.
1.27 Berjudi dan/atau terlibat
dalam sebarang
bentuk/kegiatan
perjudian, loteri atau
pertaruhan wang dan
sebagainya.
- 26 -