Page 4 - i-POLL BANTUAN PRIHATIN NASIOANAL
P. 4
i-POLL 2/2020
Antara pandangan dan cadangan
penambahbaikan daripada responden
Pandangan
Bantuan Prihatin Nasional sangat membantu golongan rakyat B40 dan M40 kerana di masa semua
rakyat sedang terjejas. Terima kasih Kerajaan!
Bantuan yang disalurkan kepada majikan di premis-premis terpilih juga memberi peluang
kepada para pekerja yang berkhidmat di premis tersebut agar tidak diberhentikan kerja
mahupun diberikan Cuti Tanpa Gaji.
Saya sebagai individu bergelar pelajar dan Alumni Malaysia Future Leaders School amat bersetuju
dan bersyukur dengan adanya bantuan ini untuk semua golongan tanpa tercicir. Kemungkinan
bagi golongan yang berada mampu mengekalkan keperluan asas semasa musim kuarantin ini
tetapi berlainan kepada golongan yang ‘kais pagi makan pagi, kais malam makan malam’. Bantuan
ini mampu mengurangkan beban kepada golongan yang memerlukan dan mampu
mengurangkan kebimbangan rakyat untuk tidak panik dalam menghadapinya.
I think this is a good plan to help those in need but somehow not sure if it did really give those
who really need it.
BPN merupakan satu inisiatif yang terbaik dilakukan Kerajaan bagi menstabilkan kedudukan
ekonomi negara yang jatuh akibat wabak penyakit yang semakin meruncingkan.
Kerajaan perlu memikirkan satu jalan penyelesaian untuk membantu para majikan. Bukan
semua majikan daripada syarikat yang besar. Ada yang syarikat kecil yang tidak mampu bayar
gaji pekerja sekiranya PKP berterusan. Peniaga-peniaga kecil, PKS nyawa-nyawa ikan yang
struggle untuk selesaikan masalah yang ada dan yang akan datang.
Cadangan Penambahbaikan
BPN harus memberi lebih perhatian dan bantuan kepada SME dan mereka yang bekerja secara
harian. Oleh itu, pelbagaikan langkah dan kaedah untuk membantu mereka.
BPN perlu diteruskan pada masa akan datang dengan lebih berfokus kepada OKU, Warga
Emas, Ibu Tunggal Tidak Bekerja dan Fakir Miskin Tegar. Namun begitu, ketelusan dalam
mengenal pasti golongan tersebut perlu dilaksanakan dengan lebih ketat, berintegriti
seterusnya mengenakan tindakan berat terhadap individu yang mengambil kesempatan
dalam situasi sebegini.
Kerajaan Persekutuan dapat menggunakan Jabatan Penerangan di
daerah-daerah untuk memaklumkan mengenai perkembangan
Kerajaan dicadangkan untuk meneliti semula bantuan bagi kategori bujang yang berumur 21
tahun dan ke atas. Hal ini kerana bantuan yang berfokus kepada lingkungan umur 21 tahun dan
ke atas ibarat mencicirkan golongan belia yang bekerja pada umur 20 tahun. Diharapkan agar
pihak Kerajaan dapat meneliti semula kategori umur bantuan bagi Belia supaya ianya seiring
dengan slogan "no one left behind".
Diwujudkan satu sistem penyimpanan data yang berintegriti mengenai maklumat pendapatan bagi semua
rakyat Malaysia untuk memudahkan proses pemberian bantuan tanpa perlu untuk rakyat menyemak. Jika
diperlukan pada masa akan datang, hanya mengambil maklumat daripada sistem tersebut dan agihan
bantuan dapat disalurkan dengan telus dan berintegriti tanpa ada yang tercicir. Semasa kepada rakyat
Malaysia kerana tidak semua rakyat mempunyai saluran media massa khususnya secara atas talian.
Bagi golongan yang berumur bawah 18 tahun, mereka merupakan anak-anak di bawah tanggungan ibu
bapa dan bagi golongan umur 21 tahun, mendapat bantuan dari Kerajaan. Akan tetapi, kami yang bekerja
sebagai partime workers sementara menunggu sambung belajar yang berumur 19 hingga 20 tahun
seperti tercicir. Terpaksa bekerja walaupun risiko berhadapan dengan penyakit sangat tinggi kerana tiada
pilihan lain.
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)
ileadkbsmsia ileadkbsmsia ileadkbsmsia www.i-lead.gov.my