Page 5 - i-POLL BANTUAN PRIHATIN NASIOANAL
P. 5
i-POLL 2/2020
Rumusan Dapatan
1 Rata-rata responden mempunyai persepsi yang baik terhadap Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej
Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
2 Jika dibuat perbandingan dapatan kajian di antara kelompok Belia (Awal, Pertengahan dan Akhir), Belia Akhir dilihat
mempunyai tahap pengetahuan dan tahap penerimaan yang lebih tinggi terhadap Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dalam menghadapi situasi Covid-19 ini.
3 Memang tidak dapat dinakan bahawa responden dalam kalangan Belia Akhir lebih matang dan berkiran jauh ke
hadapan di dalam memberikan pendapat dan pandangan dalam semua soalan yang diutarakan.
4 Majoriti responden Belia, peka dan tahu akan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat (PRIHATIN) ini.
5 Belia Akhir lebih peka bahawa pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini diselaraskan oleh Unit Pelaksanaan
dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), Kementerian Kewangan Malaysia berbanding
dengan Belia Awal dan Belia Pertengahan.
6 Responden yang terdiri daripada Belia Akhir juga majoritinya adalah penerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional
(BPN) ini.
7 Majoriti responden dari ketiga-tiga kategori belia bersetuju mengenai pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
yang dilaksanakan secara berfasa ini sangat bersesuaian dan tidak membebankan.
8 Majoriti responden melihat keutamaan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini akan dibelanjakan untuk
menampung perbelanjaan peribadi, diikuti dengan membayar bil-bil bulanan, membeli barangan keperluan asas
dan barangan peribadi mereka / keluarga mereka.
9 Majoriti responden mengakui kesan secara langsung pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan
B40 dan M40 ini boleh membantu meningkatkan kuasa membeli dan dapat membantu menjana pertumbuhan
ekonomi negara lebih baik.
10 Belia Akhir lebih merasakan matlamat sebenar Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini telah mencapai sasaran dan
meliputi semua lapisan masyarat dan tiada golongan tercicir berbanding Belia Awal dan Belia Pertengahan.
11 Rata-rata responden merasakan bahawa bantuan seumpama ini tidak perlu dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu
sebelum ia dilaksanakan namun masih terdapat juga responden yang tidak mengetahui akan keperluan ianya
dibahaskan di Parlimen.
12 Belia Awal dilihat lebih rasa berpuas hati dan bersyukur dengan inisiatif Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dalam
meringankan beban rakyat mengharungi musim wabak yang semakin merisaukan ini berbanding dengan Belia
Pertengahan dan Belia Akhir.
Majoriti besar responden bersetuju supaya pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini dikekalkan dan ditambah
13 pemberiannya pada masa akan datang.
Sebahagian kecil responden sahaja yang bersetuju mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa pemberian
14 Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ini tiada ketelusan, akauntibiliti dan kredibiliti. Namun, terdapat sebahagian
responden yang lain tidak mengambil perhatian pun ke atas isu tersebut.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa majoriti responden dalam kalangan Belia ini
15 menerima dengan baik Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menghadapi
situasi semasa Covid-19 yang melanda negara ini.
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)
ileadkbsmsia ileadkbsmsia ileadkbsmsia www.i-lead.gov.my