Page 15 - AMALI 3 LITAR ELEKTRIK (NUR AINA)
P. 15
SCES3113 GELOMBANG, OPTIK DAN KEELEKTRIKAN 2020
AMALI FIZIK 3: KAJIAN LITAR ELEKTRIK IPGKDRI
NUR AINA SYHAQIRIEN BINTI RUSLAN (2017092340049) PISMP SEM6 JUN 2017
7. Perbincangan
Semasa menjalankan amali bagi litar elektrik 1 dan litar elektrik 2, kami telah
menggunakan multimeter analog untuk mengukur bacaan arus yang melalui wayar.
Multimeter berfungsi untuk mengukur beza keupayaan, arus dan kerintangan dalam
sesebuah litar tertutup (Wilson, Buffa, & Bo Lou, 2010). Namun begitu, penggunaan
multimeter analog tidak dapat membaca arus yang melalui wayar tersebut. Hal ini
mungkin disebabkan oleh penggunaan radas yang lama dan rosak. Oleh itu, pengiraan
hanya boleh dilakukan secara teori sahaja.
Rajah 10: multimeter analog
Penjagaan keselamatan adalah wajib dilakukan bagi mereka yang melakukan aktiviti
pendawaian atau pengurusan perkakasan elektrik (Abdullah, 2015). Walaupun
kebanyakan alatan seperti wayar yang bersifat konduktor diselaputi oleh bahan penebat
untuk mengelakkan pegangan arus elektrik secara terus. Namun kita masih perlu berhati-
hati kerana badan manusia boleh mengalirkan arus elektrik. Sekiranya terkena seseorang
itu boleh terkena renjatan elektrik yang boleh mendatangkan maut.
Dalam sistem pewayaran kawasan litar yang menerima input kuasa elektrik ia mempunyai
beza keupayaan yang sangat tinggi. Oleh itu, kebanyakan peralatan elektrik dilengkapkan
dengan alat peranti yang bertindak sebagai pembatas. Ia dikenali sebagai fius dan
pemutus litar (circuit breaker). Di dalam fius atau pemutus litar ini ia terdapat jalur logam
yang akan mencair apabila arus lebih besar daripada nilai arus yang ditetapkan lalu.
Peleburan jalur ini akan menyebabkan litar terbuka (open circuit) berlaku dan arus akan
menjadi sifar (Young & Fredman , 2014).
15