Page 16 - AMALI 3 LITAR ELEKTRIK (NUR AINA)
P. 16
SCES3113 GELOMBANG, OPTIK DAN KEELEKTRIKAN 2020
AMALI FIZIK 3: KAJIAN LITAR ELEKTRIK IPGKDRI
NUR AINA SYHAQIRIEN BINTI RUSLAN (2017092340049) PISMP SEM6 JUN 2017
Rajah 11: komponen di dalam plug.
Salah satu komponen dalam plug terdapat fius yang disambungkan dengan terminal
wayar hidup, iaitu wayar yang akan mengalirkan arus input ke dalam sesebuah
perkakasan elektronik. Selain itu, terdapat wayar yang disambungkan kepada terminal
bumi yang berfungsi untuk mengelakkan bahaya renjatan elektrik dan kebakaran.
Kemudian, struktur wayar tiga teras dibalutkan dengan bahan penebat seperti getah dan
kain. Ia bertujuan untuk memastikan arus tidak akan dialirkan keluar daripada teras dalam
wayar dan menjadi bahan penyerap haba apabila arus melaluinya.
Di Malaysia, telah ditetapkan oleh Undang-Undang Malaysia perihal Akta Bekalan Elektrik
1990 (Akta 447) berkenaan cara menggunakan, mengerjakan atau mengendalikan
pepasangan dan penwayaran (Akta Bekalan Elektrik 1990, 2013). Akta ini diwartakan
sebagai satu panduan kepada pelaksanaan dan sebagai peruntukan kepada mengawal
selia industry pembekalan elektrik dari segi harga dan perlesenan kepada mana-mana
individu yang ingin melakukan pepasangan elektrik.
8. Kesimpulan
Menggunakan hukum Ohm, hukum pertama dan kedua Kirchoff dapat mengira
kerintangan, beza keupayaan dan arus elektrik yang lalu pada satu litar tertutup.
Pengendalian keselamatan semasa mengendalikan perkakasan elektrik adalah penting
untuk mengelakkan kemalangan.
16