Page 2 - EBOOK AMALI 1- BIOTA TANAH_Neat
P. 2
dapat dipisahkan antara flora dan fauna serta persekitarannya. Kedua-duanya ini saling
berhubungkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
Pembolehubah:
a) Dimanipulasikan : Jenis tanah
b) Bergerak balas : Jumlah makrofauna, jenis makrofauna
c) Dimalarkan : Teknik yang digunakan untuk mengumpul makrofauna
ALAT RADAS
Botol air minuman 250ml, pisau, piring petri, air, kasa dawai, kaki retot, mentol lampu bulat, wayar,
kepala plug, sellotape, kanta pembesar, mikroskop, dua jenis tanah yang berbeza
PROSEDUR
(A) Di lokasi sampel diambil
1) Sampel tanah dan tanah permukaan dikumpulkan dari dua lokasi berbeza iaitu tepi tasik IPG
dan Blok kediaman pelajar lelaki
2) Sampel dimasukkan ke dalam plastik dan dilabel dengan lokasi kutipan dan nama kumpulan.
3) Pada setiap lokasi, jenis tanaman dan ciri-ciri tempat pengambilan tanah direkodkan dalam
jadual 1 di bawah.
4) Maklumat yang diperolehi digunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi yang
berbeza