Page 1 - EBOOK AMALI 1- BIOTA TANAH_Neat
P. 1

AMALI 1 – BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

               TAJUK


               Ekosistem tanah

               TUJUAN

               Mengkaji ekosistem tanah iaitu biota tanah dan jaringan makanan


               PENGENALAN

               Ekosistem  ialah  interaksi  antara  komponen  biotik  dan  abiotik  dengan  persekitaran  dalam

               membentuk sistem fizikal untuk membentuk suatu keseimbangan. Konsep ekosistem merujuk
               kepada  interaksi  hidupan  dengan  unsur-unsur  yang  merupakan  asas  kepada  alam  dalam
               hubungan yang saling berkait rapat. Eugene Odum, salah seorang pengasas pengajian ekologi

               sains berpendapat, "Mana-mana unit atau organisma dalam komuniti yang berinteraksi dalam
               alam  fizkal  akan  menghasilkan  satu  kitaran  tenaga  yang  jelas  menerangkan  struktur  tropik

               (trophic structure), biodiversiti dan kitaran hidupan. Komponen abiotik adalah komponen tidak
               hidup yang elemen fizikal dan kimia pada suatu ekosistem tanah, air, matahari, udara, dan tenaga
               (Eldon, 2003). Komponen biotik merupakan komponen benda hidup yang terbahagi kepada dua

               iaitu organisma autotrof dan heterotrof.

                       Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari
               untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan

               merupakan  asas  kepada  jaringan  makanan  dalam  ekosistem.  Kebanyakan  tenaga  yang
               memasuki  jaringan  makanan  akan  hilang  kepersekitaran  terutamanya  dalam  bentuk  haba

               metabolisme  (Freeman,  2005).  Proses  interaksi  antara  komponen  biotik  dengan  komponen
               abiotik akan membentukkan satu jaringan ekosistem. Interaksi tersebut merupakan cara untuk
               mengekalkan  keseimbangan  ekosistem.  Organisma-organisma  yang  tinggal  di  dalam  tanah

               memerlukan  air  dan  udara  untuk  hidup.  Bahan-bahan  seperti  air,  udara,  dan  bahan-bahan
               organik  yang terkandung  di  dalam tanah  membolehkan  flora,  bakteria,  fungi,  dan  fauna  kecil
               seperti cacing dan serangga dapat hidup dalam tanah. Semua benda hidup atau organisma yang

               terdapat dalam tanah serta elemen-elemen mineral penting untuk membentuk sesuatu sistem
               tanah, atau lebih dikenali sebagai ekosistem tanah. Sementara itu, biota pula adalah merujuk
               kepada semua flora dan fauna yang berada di dalam sesebuah kawasan. Biota tanah adalah

               kumpulan jasad hidup yang menjadikan tubuh tanah sebagai ruang hidup untuk menjalankan
               seluruh kegiatan ekologinya (Campbell, 2006). Ekosistem tanah merupakan bahagian yang tidak
   1   2   3   4   5   6