Page 9 - EBOOK AMALI 1- BIOTA TANAH_Neat
P. 9
Penguraian bahan Membuat lubang pori
organik pada tanah
Peranan biota
tanah
Menambah bahan Merubah tekstur
organik tanah
Biota tanah memainkan peranan yang sangat penting pada proses humifikasi,
mineralisasi bahan organik tanah sehingga menjadi unsur – unsur yang diperlukan oleh tanaman
dan mereka sehinggakan disebut sebagai ‘jurutera kimia’. Sebagai ‘jurutera kimia’,
mikroorganisma telah memainkan beberapa fungsi, antaranya adalah menguraikan bahan
organik. Salah satu proses dalam tanah yang sangat tergantung kepada keberadaan
mikroorganisme tanah adalah proses kitaran bahan organik. Bahan organik tanah merupakan
kumpulan yang terhasil dari aktiviti kimia tumbuhan, mikroorganisme, fauna dan berbagai faktor
abiotik.
Membuat lubang pori pada tanah merupakan fungsi aktif mikroorganisma dan
makrofauna tanah dalam penguraian bahan organik boleh mengekalkan dan memulihkan
produktiviti tanah yang disokong oleh faktor persekitaran sekitar. Kewujudan dan aktiviti
mikroorganisma tanah dan makrofauna dapat meningkatkan pengudaraan, penyusupan air,
pengagregatan tanah, dan mengedarkan bahan organik tanah supaya tenaga dialirkan untuk
meningkatkan kepelbagaian mikroorganisma dan makrofauna tanah.
Fungsi ketiga biota tanah adalah menambah bahan organik dalam tanah. Seperti yang
diterangkan di atas, bahan organik tumbuhan adalah sumber tenaga utama untuk kehidupan
biota tanah, terutama makrofauna tanah, Maka, jenis dan komposisi bahan organik tanaman
menentukan kepadatannya. Bahan organik tumbuhan akan mempengaruhi sistem pepejal udara
dengan jumlah liang tanah akibat aktiviti biota tanah. Bahan organik tumbuhan diubah menjadi
mineral dan sebahagian daripadanya disimpan sebagai bahan organik tanah. Bahan organik
tanah memainkan peranan penting dalam meningkatkan sifat fizikal tanah, meningkatkan aktiviti
biologi dan meningkatkan ketersediaan nutrien untuk tumbuh-tumbuhan.