Page 10 - EBOOK AMALI 1- BIOTA TANAH_Neat
P. 10

3)  Pada  rajah  jaringan  makanan  yang  disediakan,  labelkan  jenis-jenis  biota,  apa  yang
               mereka lakukan dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku.


               Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrient apabila organisma pada puncak rantai
               makanan mati?






























                                                          Rajah 3.0


               Organisma-organisma  individu  dari  kompnen  biosis  berkemandiri  sama  ada  dengan
               menghasilkan  makanan  sendiri  ataupun  dengan  memakan  organisma  lain.  Tumbuhan  hijau

               dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil
               yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh
               tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila

               organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu
               pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu
               ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran

               tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma
               sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks

               yang  terdiri  daripada  beberapa  rantai  makanan.  Dalam  sebarang  komuniti,  setiap  pengguna
               biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh
               pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain.


               Berdasarkan rajah di atas, tumbuhan berperanan sebagai pengeluar atau organisma autotrof.
               Tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein
               melalui  fotosintesis.  Pengeluar  biasanya  menduduki  aras  trof  yang  pertama.  Detritivor  pula
   5   6   7   8   9   10   11   12