Page 8 - EBOOK AMALI 1- BIOTA TANAH_Neat
P. 8

PERBINCANGAN




               Soalan 1 )

               Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?

               Bolehkah anda cadangkan mengapa terjadinya perbezaan antara mereka?


               Apakah  parameter  yang  anda  ukur  yang  boleh  membantu  anda  untuk  menerangkan
               perbezaan tersebut?


               Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Contohnya, habitat paus adalah di dalam laut, habitat
               buaya adalah perairan payau, habitat monyet dan harimau adalah hutan, habitat pohon bakau
               adalah kawasan air pasang surut dan sebagainya. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk

               menunjukkan  tempat  sekelompok  organisma  dari  berbagai  spesies  yang  membentuk  suatu
               komuniti..  Daripada  keputusan  yang  diperolehi,  tanah  dari  Lokasi  1  (tanah  dari  tasik)

               mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah lokasi 2 (tanah dari
               blok kediaman pelajar). Tanah Lokasi 1 diambil dari kawasan bawah pokok mangga yang sedikit
               lembap. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati

               yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok di sini hidup dengan
               subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini seperti burung, di mana ia
               membina sarang pada pokok-pokok dan memperolehi banyak makanan di lantai tanah. Sedikit

               perbezaan yang boleh dikenalpasti berbanding tanah lokasi 2 iaitu di blok kediaman pelajar, yang
               mana sampel tanah yang diambil adalah kering dan kepadatan tanah juga adalah kurang. Dari
               segi lantai tanah, kawasan bagi sampel tanah ini lebih bersih dan amat kurang dedaun dan juga

               ranting-ranting yang mati serta melitupi permukaan tanah.




               2) Terangkan peranan makrofauna tanah tersebut.

               Biota tanah adalah kumpulan jasad hidup yang menjadikan tubuh tanah sebagai ruang hidup
               untuk menjalankan seluruh kegiatan ekologinya (Campbell, 2006). Ekosistem tanah merupakan

               bahagian  yang  tidak  dapat  dipisahkan  antara  flora  dan  fauna  serta  persekitarannya.  Kedua-
               duanya ini saling berhubungkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12