Page 4 - Buku_Aturcara - retirement - FINAL
P. 4
Seuntai Bicara
TN. HAJI HASNI BIN HASSHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH KINTA UTARA
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi
peluang kepada saya merakamkan sepatah dua kata sebagai kata alu-aluan sempena Majlis Persaraan
Pengetua SMK Tanjung Rambutan, Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed dalam dunia
pendidikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed atas komitmen
yang telah ditunjukkan demi menjadikan SMK Tanjung Rambutan meningkat maju dari semasa ke
semasa. Persaraan beliau daripada arena pendidikan pasti dirasai warga pendidikan terutamanya
warga SMK Tanjung Rambutan. Bagaimanapun diharap legasi yang beliau tinggalkan dapat diteruskan
demi kecemerlangan bangsa, negara dan SMK Tanjung Rambutan khususnya.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih atas komitmen yang telah
ditunjukkan oleh Tuan Haji Gulam Muzammil sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai
Pengetua yang berjaya, berpengalaman, berwawasan dan berkebolehan. Di sekolah ini, beliau benar-
benar berusaha menggilap permata, mencipta kejayaan ke arah kecemerlangan selain sentiasa
menitikberatkan jati diri yang tinggi dan semangat ingin bersaing dalam kalangan murid-murid.
Akhir sekali, saya mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara mengucapkan syabas dan terima
kasih kepada Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed atas jasa, bakti dan pengorbanan yang
dicurahkan semasa berkhidmat sebagai Pengetua sehingga tamat tempoh perkhidmatan beliau di
SMK Tanjung Rambutan pada hari ini.
Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur oleh Tuan Haji Gulam Muzammil bin P.K Mohamed
tentunya akan sentiasa dikenang sampai bila-bila. Bak kata Pepatah "Hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua".
Sekian, terima kasih.
TN. HAJI HASNI BIN HASSHIM
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA