Page 5 - Buku_Aturcara - retirement - FINAL
P. 5

Setitis  Tint a






              TN. HAJI AYOB BIN HAJI ZENAL

              YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU
              BAPA DAN GURU











       Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

       Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya, sebagai YDP PIBG dapat saya menulis sepatah dua
       kata khas untuk Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed, Pengetua
       SMK Tanjong Rambutan sempena penamatan khidmat beliau sebagai kakitangan kerajaan.
       Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun beliau menjadi pengetua di SMKTR, Cikgu telah banyak membantu saya
       serta pihak PIBG dalam menjayakan program-program yang dirancang demi kecemerlangan anak-anak
       didik SMKTR.

       Saya  amat  bersyukur  kerana  dapat  bekerjasama  dengan  seorang  pemimpin  yang  mengutamakan
       pendidikan  anak-anak  tanpa  mengenal  erti  jemu.  Jasa  Cikgu  untuk  memartabatkan  anak  didik  dari
       Tanjong Rambutan tiada nilai bandingnya dan sukar untuk dibalas dengan harta benda. Namun begitu,
       Cikgu telah mengabdikan diri untuk memberikan ilmu kepada mereka. Hanya Allah swt sahaja yang dapat
       memberi ganjaranNya buat Cikgu.


       Terima kasih Tuan Haji Gulam Muzammil Bin P.K Mohamed. Selamat bersara Cikgu, semoga Cikgu sihat
       dalam peliharaan Allah S.W.T.

       Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10