Page 2 - MAJLIS APRESIASI KTEPJ 2019.pub_new
P. 2

KATA ALUAN PENGETUA







          Bismillahirrahmanirahim,

          Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
              Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan kasih
          sayangnya  kita  dapat  bersama-sama  meraikan  kejayaan  pelajar-pelajar  dalam
          Majlis  Apresiasi  Kolej  Tingkatan  Enam  Pudu  Jaya,  2019.  Majlis  Apresiasi  ini
          memperlihatkan  hubungan  yang  erat  antara  guru,  pelajar,  kakitangan,  dan  ibu
          bapa  demi  merealisasikan  aspirasi  dan  impian  pelajar  untuk  mencipta
          kecemerlangan dalam akademik.

              Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dalam pelbagai
          bidang sepanjang berada di Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya. Semoga  kejayaan
          ini  menjadi  titik  tolak  kepada  pelajar  untuk  mencipta  kejayan-kejayaan  baharu
          pada masa akan datang. Kecemerlangan dan kehebatan murid tidak mungkin kita
          saksikan tanpa adanya guru. Oleh itu, penghargaan juga khusus untuk para guru
          yang  komited  memikul  amanah  bagi  merealisasikan  harapan  pelajar,  ibu  bapa,
          dan sekolah.

              Semoga kerjasama dalam kalangan kita akan dapat melahirkan modal insan
          yang  mempunyai  jati  diri  yang  kukuh,  berkeperibadian  mulia,  berpengetahuan,
          berkemahiran tinggi, dan berdaya saing dalam mendepani cabaran masa depan.


          Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7