Page 3 - MAJLIS APRESIASI KTEPJ 2019.pub_new
P. 3

KATA ALUAN TETAMU

                          KEHORMAT





         Bismillahhirrahmanirrahim
         Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

         Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya
         diberi  ruang  dan  kesempatan  untuk  mencoretkan  sepatah  dua  kata  bersempena
         dengan Majlis Apresiasi Tahun 2019 Kolej Tingkatan Enam Pudu Jaya.
                Di  kesempatan  ini,  saya  ingin  merakamkan  sekalung  ucapan  tahniah
         kepada    para  pelajar  yang  menerima  pengiktirafan  yang  sangat  besar  dan
         bermakna  ini.  Saya  percaya,  Majlis  Apresiasi  ini  bakal  menjadi  pembakar
         semangat kepada pelajar-pelajar semua untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi
         Pelajaran  Malaysia  (STPM)  nanti.  Oleh  itu,  pelajar-pelajar  akan  bersedia  dari
         aspek psikologi di samping telah cukup bersedia dengan ilmu pengetahuan yang
         ada  utuk  menduduki  peperiksaan  STPM  seterusnya  mendapat  keputusan  yang
         cemerlang.
                Kepada  para  pelajar,  diharap  sentuhan  majlis  ini  dapat  membuatkan
         anakanda  putera  dan  puteri  tidak  melupakan  jasa  dan  pengorbanan  yang  telah
         dicurahkan  oleh  barisan  pendidik  mithali  Kolej  Tingkatan  Enam  Pudu  Jaya.
         Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik dan
         memberikan tunjuk ajar. Semoga semua pelajar dapat meneruskan pembelajaran
         di  mana  jua  selepas  STPM  nanti  dan  seterusnya  mencurahkan  jasa  dan  bakti
         kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.
               Akhir  kata,  saya  mengucapkan  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima
         kasih kepada ahli jawatankuasa, guru-guru, ibu bapa, pelajar-pelajar, dan pihak
         yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya Persatuan
         Ibu Bapa dan Guru yang telah memberikan kerjasama, sumbangan dan sokongan
         demi  menjayakan  majlis  ini.  Besar  harapan  saya  agar  Kolej  Tingkatan  Enam
         Pudu Jaya terus cemerlang dan gemilang pada masa akan datang.

         Sekian, terima kasih.

         Yang Berbahagia Pn.Hajah Nor Laila binti Lambak,
         Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, JPWPKL
   1   2   3   4   5   6   7   8