Page 26 - BUKU PERATURAN
P. 26

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN TENPIN BOWLING

                                     KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI (KSKK)


               1.      UNDANG – UNDANG PERMAINAN

                       1.1    Selain    daripada    peraturan-peraturan     yang     terkandung,     maka
                              pertandingan  ini  akan  dijalankan  mengikut  Peraturan  Pertandingan
                              Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).

                       1.2    Sekiranya timbul perselisihan dari pentafsirnya, undang-undang dalam
                              bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                       1.3    Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan
                              akan diputuskan seperti berikut:-

                              1.3.1  Semua  Peraturan  Am  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                     Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.
                              1.3.2  Sebarang  perselisihan  teknikal  akan  diputuskan  berasaskan
                                     kepada Peraturan MTBC.

                       1.4    Semua  keputusan  diputuskan  oleh  jawatan  kuasa  Teknikal  dan
                              Pertandingan.


               2.      PERATURAN  PERTANDINGAN

              Mengikut Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti yang sedang berkuatkuasa

               3.      SISTEM PERTANDINGAN

                       3.1    Acara Individu dan bergu

                              3.1.1  Setiap kontijen dibenarkan menghantar EMPAT (4) pemain lelaki
                                     dan EMPAT (4) pemain wanita bagi acara ini.
                              3.1.2  Setiap  pasukan  /  kontijen  diletakkan  dalam  dua  lorong
                                     bersebelahan (pemain lelaki dan wanita).
                              3.1.3  Peserta-peserta diwajibkan bermain tiga  (3) games dan pasukan
                                     dengan  jumlah  jatuhan  pin  keseluruhan  tertinggi  adalah
                                     pemenang.
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31