Page 31 - BUKU PERATURAN
P. 31

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLA SEPAK

                                     KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI (KSKK)


               3        UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

                        1.1     Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini
                                akan  dijalankan  mengikut  undang-undang  Persatuan  Bolasepak
                                Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

                        1.4.    Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka
                                Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                        1.5.    Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan
                                akan diputuskan seperti berikut:

                                1.5.1.  Sebarang  kejadian  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                         Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
                                         Komuniti.

                        1.4.    Sebarang  persoalan  teknikal  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                Undang-Undang  Persatuan  Bolasepak  Malaysia  (FAM)  dan
                                Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


               4        PERATURAN PERTANDINGAN


                        2.1     Mengikut undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
                                Komuniti      yang  sedang  berkuatkuasa.  Rujuk  Peraturan  Am  dan
                                Peraturan Tetap Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.

                        2.2     Setiap  kontinjen  bola  sepak  akan  diwakili  oleh  atlet  dan  pegawai
                                dengan  bilangan  seperti  yang  telah  ditetapkan  dalam  mesyuarat
                                jawatankuasa induk

                        2.3     Penyertaan hanyalah kepada semua Kolej Komuniti mengikut negeri
                                yang ditetapkan.

                                     2.3.1   Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah
                                              menghantar  borang  pengesahan  penyertaan  kepada
                                              Jawatankuasa  Pengelola  melalui  wakil  negeri  masing-
                                              masing.

                                     2.3.2   Peserta-peserta dikehendaki membawa Kad Pengenalan
                                              asal  atau  kad  matrik  atau  yang  setaraf  dengannya
                                              sebagai Pengesahan Rasmi penyertaan jika diminta.

               10       TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36