Page 35 - BUKU PERATURAN
P. 35
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLA JARING
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI (KSKK)
5 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini
akan dijalankan mengikut undang-undang Permainan Bola Jaring
Antarabangsa (INF) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM)
yang terkini.
1.6. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka
Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.7. Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:
1.7.1. Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
Komuniti.
1.4. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
Undang-Undang Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Antarabangsa (IFN) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
6 PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 Mengikut undang-undang dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
Komuniti yang sedang berkuatkuasa. Rujuk Peraturan Am dan
Peraturan Tetap Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.
2.2 Setiap kontinjen bola sepak akan diwakili oleh atlet dan pegawai
dengan bilangan seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
jawatankuasa induk
2.3 Penyertaan hanyalah kepada semua Kolej Komuniti mengikut negeri
yang ditetapkan.
2.3.1 Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah
menghantar borang pengesahan penyertaan kepada
Jawatankuasa Pengelola melalui wakil negeri masing-
masing.
2.3.2 Peserta-peserta dikehendaki membawa Kad Pengenalan
asal atau kad matrik atau yang setaraf dengannya
sebagai Pengesahan Rasmi penyertaan jika diminta.