Page 39 - BUKU PERATURAN
P. 39
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BADMINTON
KEJOHANAN SUKAN KOLEJ KOMUNITI (KSKK)
7 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.8. Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini
akan dijalankan mengikut undang-undang KESATUAN BADMINTON
MALAYSIA (BAM)
1.9. Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka
Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.10. Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan seperti berikut:
1.10.1. Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada
Peraturan Tetap dan Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej
Komuniti.
1.10.2. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan
kepada Undang-Undang Kesatuan Badminton Malaysia
(Bam)
2. PERATURAN PERTANDINGAN
Mengikut undang-undang dan Peraturan Am dan Peraturan Tetap Kejohanan Sukan
Kolej Komuniti yang sedang berkuatkuasa.
3 JENIS PERTANDINGAN
3.1 Rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.
3.2 Setiap kontinjen olahraga akan diwakili oleh atlet dan pegawai dengan
bilangan seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat jawatankuasa
induk
3.3 Penyertaan hanyalah kepada semua Kolej Komuniti mengikut negeri
yang ditetapkan.
3.3.1 Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian hendaklah
menghantar borang pengesahan penyertaan kepada
Jawatankuasa Pengelola melalui wakil negeri masing-
masing.
3.3.2 Peserta-peserta dikehendaki membawa Kad Pengenalan asal
atau kad matrik atau yang setaraf dengannya sebagai
Pengesahan Rasmi penyertaan jika diminta.
24 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN