Page 41 - BUKU PERATURAN
P. 41

6.  SISTEM PERTANDINGAN

                       6.1    Pertandingan  ini  akan  dijalankan  secara  liga  dalam  kumpulan  pada
                              peringkat  awal  dan  secara  kalah  Mati  (Knock  Out)  pada  pusingan
                              berikutnya.

                       6.2    Pada peringkat separuh akhir, juara kumpulan A akan menentang naib
                              juara kumpulan B, manakala satu lagi separuh akhir ialah juara kumpulan
                              B akan menentang naib juara kumpulan A.

                       6.3    Pada  peringkat  kumpulan,  pemain  hanya  akan  bermain  satu  set
                              perlawanan sahaja dengan sistem kiraan 30 mata. Mana-mana pemain
                              yang mencapai mata ke-30 dikira sebagai pemenang.

                       6.4    Pada  peringkat  kedua  pengiraan  mata  adalah  sehingga  mata  ke  -  21
                              sahaja.  Sekiranya  kedudukan  terikat  20-20,  pasukan  pertama  yang
                              mencapai  perbezaan  2  mata  (22  -20,  23-21)  ataupun  pasukan  yang
                              terlebih dahulu mencapai 25 mata akan diisytiharkan sebagai pemenang.

                  7.    CARA PENENTUAN KEMENANGAN

                       7.1    Mata  diberikan  dalam  peringkat  kumpulan  ialah  menang  3  mata  dan
                              Kalah 0 mata.

                                      7.2   Kedudukan  rangking  dikira  berdasarkan  keutamaan
                               berikut:
                              7.2.1   Mata tertinggi
                              7.2.2   Rekod pertemuan

                                      7.3    Pebezaan  mata  dalam  permainan  (ratio)  jumlah  mata
                               diperolehi tolak
                                            mata diperolehi lawan.

                                      7.4   Jumlah mata tertinggi yang diperolehi.



                  8.   TEMPAT/GELANGGANG DAN ALATAN PERMAINAN

                       Mengikut ketetapan yang diputuskan mesyuarat


                  9.   KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN

                        Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada setiap pemain yang lewat dan
                        selepas itu, pihak lawan akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 30
                        – 0 pada peringkat kumpulan dan 21 – 0, 21 – 0 pada peringkat seterusnya.
   36   37   38   39   40   41   42