Page 36 - BUKU PERATURAN
P. 36

17       TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                        3.9     Taklimat  Pengurus  Pasukan  akan  diadakan  satu  (1)  hari  sebelum
                                pertandingan pertama dijalankan.

                        3.10    Pengurus-pengurus  pasukan  dikehendaki  mengemukakan  senarai
                                nama  peserta  beserta  dengan  Kad  Pengenalan  atau  dokumen
                                pendaftaran  JPN  1/9  atau  1/11  yang  asal  untuk  disahkan  dan  Kad
                                Matrik.

                        3.11    Senarai  peserta  yang  disahkan  di  senarai  nominatif  sistem  sukan
                                adalah muktamad.

                        3.12    Selepas  taklimat  pengurus  pasukan,  sebarang  permohonan
                                pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.



               18       KAEDAH PERTANDINGAN

                        4.6     Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
                                Kejohanan.

                        7.2     Rujuk Peraturan Am Kejohanan Sukan Kolej Komuniti.

                        7.3     Pertandingan secara berpasukan lelaki sahaja.

                        7.4     Penyertaan  adalah  terbuka  kepada  semua  pasukan  Kolej  Komuniti
                                Negeri yang telah ditetapkan.

                        7.5     Pendaftaran pemain setiap pasukan mengandungi 10 pemain dengan
                                menggunakan sistem sukan yang disediakan

                        7.6     Pendaftaran empat orang pegawai (2) setiap pasukan menggunakan
                                Borang Pendaftaran Pasukan termasuk seorang (1) fisioterapi.

                        7.7     Kontinjen perlu menyediakan dua set jersi yang berlainan warna dan
                                mengisytiharkan  warna  jersi  tuan  rumah.  Jika  terdapat  persamaan,
                                pasukan  pelawat  mestilah  menukarkan  jersinya.  Pemain  simpanan
                                dikehendaki memakai bip yang berlainan warna dengan jersi pasukan

                        7.8     Peserta-peserta  dikehendaki  membawa  Kad  Pengenalan  asal  atau
                                kad matrik atau yang setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi
                                penyertaan.
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41