Page 43 - EBOOK PERATURAN KSKK2019 OFFICIAL
P. 43
24 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
3.13 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum
pertandingan pertama dijalankan.
3.14 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai
nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau dokumen
pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 yang asal untuk disahkan dan Kad
Matrik.
3.15 Senarai peserta yang disahkan pada senarai nominatif sistem adalah
muktamad.
3.16 Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan
pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.
25 JADUAL PERTANDINGAN
4.7 Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan
4.8 Acara-acara
a) Acara Perseorangan Lelaki
b) Acara Perseorangan Wanita
c) Acara Bergu Lelaki
d) Acara Bergu wanita
e) Acara Bergu Campuran
5 SISTEM PERTANDINGAN
5.1 PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN
5.15.4 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana
acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal,
tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai
Perubatan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada
acara seterusnya yang didaftar atas namanya.
5.15.5 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana
acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya
boleh mengambil bahagian seterusnya dalam acara yang
didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat
pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus
Kejohanan.