Page 44 - EBOOK PERATURAN KSKK2019 OFFICIAL
P. 44

5.2     PENGGANTIAN PESERTA

                              Tiada  penggantian  peserta  dibenarkan.  Hanya  pemain  yang  berdaftar
                              untuk acara tersebut sahaja. Satu pemain untuk satu acara.

                   6.  SISTEM PERTANDINGAN

                       6.1    Pertandingan  ini  akan  dijalankan  secara  liga  dalam  kumpulan  pada
                              peringkat  awal  dan  secara  kalah  Mati  (Knock  Out)  pada  pusingan
                              berikutnya.

                       6.2    Pada peringkat separuh akhir, juara kumpulan A akan menentang naib
                              juara kumpulan B, manakala satu lagi separuh akhir ialah juara kumpulan
                              B akan menentang naib juara kumpulan A.

                       6.3    Pada  peringkat  kumpulan,  pemain  hanya  akan  bermain  satu  set
                              perlawanan sahaja dengan sistem kiraan 30 mata. Mana-mana pemain
                              yang mencapai mata ke-30 dikira sebagai pemenang.

                       6.4    Pada  peringkat  kedua  pengiraan  mata  adalah  sehingga  mata  ke  -  21
                              sahaja.  Sekiranya  kedudukan  terikat  20-20,  pasukan  pertama  yang
                              mencapai  perbezaan  2  mata  (22  -20,  23-21)  ataupun  pasukan  yang
                              terlebih dahulu mencapai 25 mata akan diisytiharkan sebagai pemenang.

                  7.    CARA PENENTUAN KEMENANGAN

                       7.1    Mata  diberikan  dalam  peringkat  kumpulan  ialah  menang  3  mata  dan
                              Kalah 0 mata.

                       7.2    Kedudukan rangking dikira berdasarkan keutamaan berikut:

                              7.2.1   Mata tertinggi

                              7.2.2   Rekod pertemuan

                       7.3    Pebezaan mata dalam permainan (ratio) jumlah mata diperolehi tolak
                              mata diperolehi lawan.

                       7.4    Jumlah mata tertinggi yang diperolehi.


                  8.   TEMPAT/GELANGGANG DAN ALATAN PERMAINAN

                       Mengikut ketetapan yang diputuskan mesyuarat


                  9.   KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
   39   40   41   42   43   44   45