Page 5 - Pelancaran Psikometrik 2020
P. 5
Kaedah sistematik untuk
Menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi
seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.
Ujian Aptitud Khusus Tahun Enam digunakan untuk melihat kecenderungan murid
dalam perkara berikut :
1) Bidang Pembelajaran
2)Aliran Persekolahan
3)Bidang Pekerjaan
APA ITU UJIAN APTITUD KHUSUS
Ujian Aptitud Khusus mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang
murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan di masa akan
datang.
Ujian ini digunakan untuk mengenalpasti atau menilai kesediaan, potensi,
kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.
Maklumat yang diperoleh daripada ujian ini, boleh dijadikan rujukan guru dalam
merancang strategi pdpc mengikut kecenderungan murid.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI - HOWARD GARDNER
Gardner (1983) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai satu kepakaran
kecerdasan individu. Menurut beliau
“ An intelligence is the ability to solve problems or to create products that are valued
within one or more cultural setting”
Teori ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada individu dan
mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh
menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang
dipelajari. Oleh itu, murid boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang
lebih tinggi melalui latihan dan keupayaan sendiri.