Page 9 - Pelancaran Psikometrik 2020
P. 9
INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal melibatkan kemahiran atau
kebolehan individu berkomunikasi, menjalin hubungan dan
membina kepercayaan dengan orang lain. Individu ini mampu
memahami orang lain, sensitif kepada perasaan, kepercayaan,
penilaian dan matlamat orang lain. Individu ini cekap menilai
emosi, motivasi dan keinginan orang di sekeliling.
PENERANGAN
Pakar motivasi, kaunselor, ahli politik, guru dan pegawai
diplomatik.
TOKOH : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Azizan Osman dan
Oprah Winfrey.
KERJAYA
INTRAPERSONAL
Berkebolehan untuk membuat penilaian kendiri dan
menggunakan maklumat tersebut untuk mengawal diri dan
membuat pertimbangan kendiri dari aspek kelemahan dan
kekuatan yang ada. Individu ini mempunyai kesedaran diri
yang tinggi tentang perasaan, sikap, penampilan luaran,
mengawal naluri diri, kebolehan memantau pemikiran,
tindakan dan perasaan. Individu ini mempunyai gerak hati /
intuisi dan imaginasi yang tinggi, boleh mengawal emosi dan
PENERANGAN
mempunyai autonomi yang tinggi serta berdikari.
Pakar psikologi, ahli falsafah dan pendeta.
TOKOH : Aristotle dan Hamka.
KERJAYA