Page 11 - LKIMBULETIN2019
P. 11

DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersama-sama DYTM Raja Muda Perak, DYAM Raja Puan Besar Perak, DYAM Raja Di Hilir Perak dan DYAM Raja Puan Muda Perak berdiri bagi menghormati nyanyian lagu Negeri Perak dan Negaraku
Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di perkarangan pejabat LKIM Perak disambut meriah oleh YAB Menteri Besar Perak; Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; YB Tuan Sim Tze Tzin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Pengerusi LKIM; YB Tuan Muhammad Faiz bin Fadzil, Ketua Pengarah LKIM; YBhg. Datuk Jamaluddin bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); YBrs. Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin, barisan Exco Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, Orang Besar Jajahan Manjung, warga kerja LKIM serta tetamu jemputan.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negeri Perak yang dinyanyikan oleh pasukan koir Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Cheng dan diringi oleh Kumpulan Okestra Gelombang Biru Tentera Laut DiRaja (TLDM) Malaysia. Seterusnya, hadirin dialunkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa yang disampaikan oleh Imam Besar Pulau Pangkor, Ustaz Amir Hakim bin Mohamad Rashid. Majlis diteruskan dengan ucapan YB Timbalan Menteri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kemudian berkenan menyaksikan tayangan montaj dan seterusnya merasmikan Bangunan Pejabat LKIM Negeri Perak dengan lafaz titah perasmian. Baginda seterusnya berkenan untuk menandatangani plak perasmian di pentas utama sambil disaksikan seluruh rakyat jelata Negeri Perak. Selesai majlis perasmian Baginda berkenan untuk berangkat melawat pameran yang disediakan dalam ruang dewan bangunan pejabat LKIM Negeri Perak sebelum bersama semua jemputan untuk majlis santapan.
Petugas Unit Korporat Komunikasi LKIM bergambar kenangan bersama Menteri Besar Perak (hujung kanan) bersama isteri dan pegawai pengiring menunggu Pengerusi dan Ketua Pengarah LKIM usai program tamat keberangkatan tiba DYAM Raja Puan Besar Perak
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019
8


































































































   9   10   11   12   13