Page 13 - LKIMBULETIN2019
P. 13
PERASMIAN MAJLIS PENUTUP MELAKA CULINARY CHALLENGE 2019 MENCIPTA REKOD DI DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD :
“Most Number of 135 Asam Pedas Dishes in an Event”
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan merasmikan Majlis Penutupan Melaka Culinary Challenge 2019 di Pasaraya KIP-Mall Bachang, Melaka pada 22 Jun 2019.
Terdahulu baginda tiba di perkarangan Pasaraya KIP-Mall bersama anakanda baginda, DYAM Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah diiringi isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina binti Kasim dan isteri Ketua Menteri Melaka, Puan Dalilah binti Awaludin.
Turut serta pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah LKIM, YBhg. Datuk Jamaluddin Othman dan Pengarah LKIM Negeri Melaka, Encik Rosli Mustapha untuk mempersembahkan cenderamata kenangan kepada DYMM Seri Paduka Baginda.
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan merasmikan Majlis Penutup Melaka Culinary Challenge 2019
Ketua Pengarah LKIM mempersembahkan cenderamata kenangan daripada LKIM kepada DYMM Seri Paduka Baginda
Pada majlis itu, DYMM Seri Paduka Baginda turut bertitah berkongsi pengalaman memasak asam pedas dan menyertai pertandingan memasak masakan yang sinonim dengan rakyat Melaka.
Untuk makluman, sebanyak 27 kategori dipertandingkan dengan melibatkan 53 sesi sepanjang tiga (3) hari program tersebut berlangsung iaitu mulai 20 sehingga 22 Jun 2019 seperti Hot Pasta Challenge, Tradisional Asam Pedas, Ice Craving, Burger Champion dan King of Teh Tarik.
Video penuh perasmian Gambar penuh Sila Imbas kod QR Sila Imbas kod QR
Ketua Pengarah LKIM bersama isteri menjayakan 135 Hidangan Asam Pedas QFISH-LKIM
LKIM telah mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Record apabila berjaya menghidangkan 135 Hidangan Asam Pedas dengan menggunakan produk QFISH-LKIM dan rekod ini berjaya menewaskan 88 Hidangan Kari Kepada Kepala Ikan yang diadakan sempena Global Masterchef Fish Head Curry 2019 pada Januari lalu.
DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan berkunjung ke booth pameran serta bersantap bersama tetamu kehormat sebelum berangkat pulang.
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019 10