Page 14 - LKIMBULETIN2019
P. 14

DYTM Raja Muda Perlis dan YBM Temenggong Kelantan (bertopi) berkenan untuk bergambar
kenangan bersama Pok Li, Usahawan PPHP LKIM Geting, Pengarah LKIM Negeri Kelantan, Ketua Unit Komunikasi Korporat dan pegawai LKIM
SEKITAR KAYUHAN DIRAJA 2019 OLEH DYTM RAJA MUDA PERLIS KE PPHP GETING, TUMPAT, KELANTAN
14 September 2019, Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) LKIM Geting telah mencipta satu sejarah buat julung kalinya menerima kunjungan Diraja oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail dan Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggung Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz. Keberangkatan rombongan DYTM Raja Muda Perlis ke PPHP LKIM Geting diiringi dengan hampir 1,700 peserta berbasikal sempena Kayuhan Ria Diraja Generasiku Sayang 2019.
Ketibaan DYTM Raja Muda Perlis disambut oleh pegawai dan kakitangan LKIM Negeri Kelantan dan LKIM Ibu Pejabat. Turut serta adalah Pengarah LKIM Negeri Kelantan, Hajah Zarina Binti Abd. Latiff mengetuai sembah takzim kepada DYTM Raja Muda Perlis.
DYTM Raja Muda Perlis turut mencemar duli dengan turut bersama Usahawan PPHP LKIM, Pok Li melihat proses penjemuran ikan kering dan ikan bekok di tapak dataran kejat yang dibina oleh LKIM bagi proses pengeringan ikan. DYTM Raja Muda Perlis telah bersama-sama menyusun ikan kering dan ikan bekok sebagai simbolik demonstrasi bagi kerja-kerja proses penjemuran ikan di tapak jemuran tersebut.
DYTM Raja Muda Perlis dan rombongan meluangkan masa hampir 20 minit untuk melihat dan beramah mesra dengan Usahawan PPHP LKIM di PPHP LKIM Geting. Sikap peramah yang ditunjukkan oleh DYTM Raja Muda Perlis amat terserlah apabila tuanku tanpa segan silu untuk mendekati para pekerja di PPHP LKIM Geting. DYTM Raja Muda Perlis juga berkenan untuk bergambar kenangan bersama Usahawan PPHP LKIM Geting, Pok Li dan semua yang terlibat pada hari tersebut.
Lawatan Diraja ini telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perlis untuk menerima persembahan cenderamata kenangan daripada Pihak LKIM Negeri Kelantan. Pengarah LKIM Negeri Kelantan sekali lagi telah ditugaskan untuk mempersembahkan kepada DYTM Raja Muda Perlis.
DYTM Raja Muda Perlis turut perkenan untuk sesi gambar kenangan bersama-sama pegawai dan kakitangan LKIM.
11
DYTM Raja Muda Perlis turut mengajar anakanda tuanku, YAM Syed Sirajuddin Areed Putra Jamalulail menyusun ikan kering dan ikan bekok sambil diperhatikan oleh YBM Temenggong Kelantan dan Pengarah LKIM Negeri Kelantan
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019
Pengarah LKIM Negeri Kelantan mempersembahkan cenderamata kenangan kepada YBM Temenggong Kelantan dan DYTM Raja Muda Perlis
Gambar penuh Sila Imbas kod QR


































































































   12   13   14   15   16