Page 12 - LKIMBULETIN2019
P. 12
Ketua Pengarah LKIM menandatangani buku kehadiran majlis
TAHUKAH ANDA?
BANGUNAN PEJABAT LKIM NEGERI PERAK
Pengoperasian Pejabat LKIM Negeri Perak pada peringkat awalnya, di Ipoh sebelum berpindah ke Sitiawan pada Ogos 1985. Setelah hampir 17 tahun berada di Sitiawan, Pejabat LKIM Negeri Perak telah berpindah ke Kompleks LKIM Lumut Kg Acheh bermula tahun 2003 sehingga Mac 2015. Pada Mac 2015, pejabat LKIM Negeri Perak telah berpindah sekali lagi dan beroperasi sepenuhya di Seri Manjung, Perak sehingga kini.
Perancangan pembinaan bangunan baharu Pejabat LKIM Negeri Perak bermula dengan pemilikan tapak oleh LKIM pada April 2011 dengan kos sebanyak RM7.6 juta. Pembinaan bangunan pejabat LKIM Negeri Perak terdiri daripada sebuah Blok Bangunan Pentadbiran empat (4) tingkat di atas Lot 13743, Mukim Sitiawan.
Penyediaan bangunan pejabat ini juga merangkumi penyediaan pelbagai fasiliti kepada warga LKIM Negeri Perak seperti sebuah dewan serbaguna, enam (6) unit tempat letak kereta berbumbung, lima (5) unit tempat letak kereta tidak berbumbung, satu (1) unit pondok pengawal dan satu (1) unit pencawang elektrik.
Bangunan berkonsepkan seakan Ibu Pejabat LKIM yang terletak di Pulau Meranti, Puchong, Selangor ini telah siap sepenuhnya pada 1 Januari 2015. Ruang pejabat ini mampu memuatkan 50 orang warga kerja LKIM Negeri Perak dalam satu masa. Bangunan pejabat yang baharu dan lengkap ini menjadi satu inspirasi kepada wargakerja LKIM Perak untuk melaksanakan tanggungjawab lebih efektif dan produktif bagi merealisasikan visi dan misi LKIM untuk terus memacu industri perikanan serta kesejahteraan para nelayan.
Pengerusi LKIM menandatangani buku kehadiran majlis
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM menandatangani buku kehadiran majlis
Pengarah LKIM Negeri Perak telah menyampaikan sembah taklimat kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM meyambut keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak
Keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Perak bersalaman dengan Ketua Setiausaha MOA
9
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019