Page 16 - LKIMBULETIN2019
P. 16
34TH INFOFISH GOVERNING COUNCIL MEETING
16 - 19 Disember 2019, Male, Maldives
34th INFOFISH Governing Council meeting telah diadakan di Champa Central Hotel, Republik Maldives dari 16 hingga 19 Disember 2019. INFOFISH dianggotai oleh 13 negara anggota dan sebelum ini, Malaysia merupakan hos untuk INFOFISH Governing Council Meeting yang telah diadakan di Langkawi pada Disember 2018 manakala Pakistan bersetuju untuk menjadi hos INFOFISH Governing Council Meeting untuk tahun yang berikutnya.
Sebelum mesyuarat dimulakan, majlis perasmian ringkas telah diadakan dengan ucapan daripada Menteri Perikanan, Sumber Laut dan Pertanian Maldives. Turut hadir sama adalah Menteri Perikanan Fiji yang mewakili Negara Fiji. Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah, Kementerian Perikanan, Sumber Marin dan Pertanian Maldives. Program ini menunjukkan kepentingan sumbangan INFOFISH terhadap negara Maldives.
Mesyuarat telah dihadiri oleh 6 negara anggota iaitu Maldives, Malaysia, Kemboja, Fiji, Pakistan, Thailand manakala Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Pusat Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC) turut hadir sebagai pemerhati. Malaysia telah diwakili oleh Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM serta Encik Ram Singh A/L Hari Singh, Timbalan Setiausaha Bahagian (Perikanan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sebagai pemerhati.
Selain itu juga, Malaysia turut memaklumkan kepada mesyuarat bahawasanya Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada APEC 2020 dan salah satu segmen didedikasikan kepada kumpulan kerja lautan dan perikanan. Justeru itu, ini adalah platform terbaik untuk INFOFISH mengambil bahagian kerana melibatkan 21 negara peserta.
13 BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019