Page 17 - LKIMBULETIN2019
P. 17

01
PEMBENTANGAN DARIPADA FAO
Wakil FAO menyatakan bahawa strategi yang paling penting dalam kejayaan pembangunan perikanan global adalah penekanan pada matlamat pembangunan mampan dan menghapuskan kelaparan dunia.
TINJAUAN PASARAN UTAMA
Tinjauan Pasaran Utama adalah menekankan kepada peningkatan permintaan terhadap produk ikan dan perikanan di seluruh dunia serta strategi perdagangan antarabangsa yang sedang berkembang.
02
03
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Membincangkan perkembangan teknologi terkini di kawasan terpilih berkaitan industri perikanan dan makanan laut iaitu Pengelolaan Udang untuk industri Akuakultur, Teknologi Tuna Drone yang bertanggungjawab untuk pengurusan perikanan dan Biosensors untuk pengesanan histamin dalam industri makanan laut. Perkembangan teknologi ini menyentuh tentang kesulitan patogen dan kesan ekonomi yang terdapat pada udang akuakultur, sementara itu Teknologi Tuna Drone pula boleh digunakan untuk memerangi aktiviti penangkapan ikan haram dan menyediakan alternatif yang lebih murah kepada pihak berkuasa perikanan. Perkembangan teknologi juga menekankan bagaimana biosensors berfungsi untuk pengesanan histamine dibenarkan untuk menentukan histamin dalam ikan sama ada mentah atau dimasak.
PROGRAM KERJA TAHUN 2020
Tumpuan program kerja tahun 2020 adalah berdasarkan kepada penyediaan platform bagi negara anggota untuk berkongsi kepakaran dan memberikan keutamaan kepada negara anggota sendiri. Selain itu, INFOFISH sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan dan salah satu usaha adalah dengan menerbitkan buku panduan teknikal yang sedang dalam proses akhir dan akan diagihkan kepada negara anggota. Seterusnya, INFOFISH akan berusaha untuk meningkatkan keahlian INFOFISH.
04
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019 14
34th INFOFISH Governing Council meeting telah membentangkan, membincangkan serta memutuskan pelbagai perkara antaranya adalah :-


































































































   15   16   17   18   19