Page 19 - LKIMBULETIN2019
P. 19
PERASMIAN HPPNK 2019 OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI
Pada 28 November 2019, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. HPPNK merupakan acara dwi-tahunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). HPPNK 2019 telah berlangsung selama empat (4) hari mulai 28 November sehingga 1 Disember 2019 di hadapan Perkarangan Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor.
Majlis Perasmian HPPNK 2019 turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor; YB Datuk Dr. Sahruddin Jamal, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani; YB Tuan Sim Tze Tzin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; YBhg. Dato’ Salim Parlan.
Turut dijemput pada majlis perasmian tersebut adalah Pengerusi LKIM; YB Tuan Muhammad Faiz Fadzil, Ketua Pengarah LKIM; YBhg. Datuk Jamaluddin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); YBrs. Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin.
Penganjuran tahun ini menampilkan 15 komponen utama dibawah
Gambar penuh event Sila Imbas kod QR
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019 16
HPPNK 2019
1. Konvensyen HPPNK
2. MySeafood
3. Showcase Agro Teknologi 4. Mekanisasi dan Automasi 5. Agro Pelancongan
6. Agro Kulinari
7. Agro Belia
8. Empayar Makanan
9. Jualan Segar
10. Forum Perdana Ehwal Islam 11. Budaya dan Seni Tani
12. Kenduri Rakyat Nasi Ambeng 13. Hasil Pertanian
14. Perikanan 15. Pertanian
HPPNK dengan tema ‘Makanan Kita Masa Depan Kita’ menampilkan 350 usahawan terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara dan telah dikunjungi oleh 430,000 orang pengunjung. Penganjuran kali ini telah merekodkan transaksi jualan secara tunai bernilai RM6 juta manakala menerusi kredit dan Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU) bernilai RM20 juta menurut kenyataan Menteri MOA sejurus HPPNK 2019 selesai.