Page 21 - LKIMBULETIN2019
P. 21
PELANCARAN LOGO BARU QFISH
Bersempena MySeafood 2019, LKIM mengambil peluang untuk melancarkan dan memperkenalkan logo baru QFISH kepada umum. Majlis perasmian logo baharu QFISH ini diadakan pada 30 November 2019 di Pocket Stage MySeafood.
Usaha LKIM dalam memperkenalkan program QFISH adalah bertepatan dengan dasar kerajaan untuk menstabilkan harga dan bekalan ikan negara serta mengurangkan kos sara hidup rakyat. QFISH pada dasarnya adalah Ikan Rakyat yang telah diperkenalkan oleh LKIM pada tahun 2011. Sejajar dengan penjenamaan semula Program Ikan Rakyat kepada Program QFISH, logo QFISH telah diperkenalkan. Sehubungan dengan itu, LKIM telah mengambil langkah untuk melancarkan logo baharu QFISH setelah mendapat hak dagang daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 3 Julai 2019.
Untuk makluman, QFISH adalah ikan segar dibekukan dengan menggunakan teknologi pembekuan pantas individu (IQF- Individual Quick Freezing). Teknologi IQF ini berupaya memastikan kualiti dan kesegaran ikan. Antara spesis ikan segar QFISH adalah ikan kembung, selar, pelaling, selayang, cencaru, tilapia, keli dan aya atau tongkol dengan harga jualan maksimum RM10 sekilogram.
Majlis pelancaran logo baharu QFISH disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA); YBhg. Dato’ Salim bin Parlan.
Turut sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Pengarah LKIM; YBhg. Datuk Jamaluddin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); YBrs. Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin, Ketua Pengarah MAQIS; YBrs. Encik Saiful Yazan bin Alwi dan Pengurus Besar NEKMAT; Encik Azrin Shah bin Ismail.
Video penuh Sila Imbas kod QR
Gambar penuh Sila Imbas kod QR
BULETIN LKIM 2019 I EDISI MEI - DISEMBER 2019 18