Page 23 - LKIMBULETIN2019
P. 23
PERASMIAN MOBILE APPS – MyFSI 2.0
Majlis Pelancaran Mobile Apps – MyFSI 2.0 telah berlangsung pada 30 November 2019 di Pocket Stage MySeafood sempena HPPNK. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub.
Turut serta semasa majlis pelancaran tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pengarah LKIM; YBhg. Datuk Jamaluddin bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); YBrs. Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin.
1
Pengguna boleh memuat turun secara PERCUMA aplikasi ini ke dalam telefon 3 pintar mereka melalui Play Store (Android) sahaja.
Kata carian : MyFSI 2.0
2 aplikasi ini,
MyFSI 2.0 adalah bermaksud (Malaysia Fishing Site Identification System – My FSI) merupakan Sistem Penentuan Kawasan Berpotensi bagi Penangkapan Ikan yang telah dibangunkan dibawah program MOSTI Social Innovation (MSI) bagi memperluaskan dan mengoptimumkan lagi capaian lokasi penangkapan ikan dengan kerjasama Jabatan Perikanan (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).
Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi remote sensing, GIS dan teknologi berkaitan. Dengan adanya maklumat lokasi kedapatan ikan sebelum turun ke laut, nelayan boleh terus ke lokasi penangkapan ikan dan ini menjimatkan kos keseluruhan operasi (minyak dan masa) berbanding kaedah lazim. Melalui kaedah lazim nelayan terpaksa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagi mencari kawasan yang tinggi kedapatan ikan. Ketepatan lokasi kedapatan ikan dan penjimatan kos keseluruhan operasi menyumbang kepada peningkatan pendapatan nelayan.
Aplikasi MyFSI 2.0 Sila Imbas kod QR
Video penuh Sila Imbas kod QR
Gambar penuh Sila Imbas kod QR
I EDISI MEI - DISEMBER 2019 20
MUKA UTAMA
Pengguna boleh membuka aplikasi setelah selesai muat turun di Play Store (Android) dan mulakan pengguna
MUAT TURUN DAFTAR MASUK Pengguna boleh menaip MyFSI 2.0 Setiap pengguna perlu di Play Store (Android) dan muat mendaftar terlebih turun aplikasi untuk pemasangan dahulu sebelum
di telefon mudah alih. 4 meneruskan aplikasi ini.
PAPARAN UTAMA
Setelah aplikasi dibuka, akan muncul logo MyFSI 2.0 pada paparan utama.
BULETIN LKIM 2019