Page 25 - LKIMBULETIN2019
P. 25
DARI DAPUR
CHEF NAEM
Dari Dapur MySeafood@HPPNK 2019 turut menampilkan Chef Naem di Pavillion MySeafood untuk Demo dan Pertandingan Masak QFISH Cara Saya.
Pada segmen tersebut, Chef Naem telah mempromosikan produk QFISH dengan melancarkan “Kempen Makan Ikan QFISH & Kempen Membeli Ikan Segar di Pasar Nelayan LKIM”. Turut serta dalam pelancaran tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pengarah LKIM, YBhg. Datuk Jamaluddin bin Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YBrs. Encik Untong bin Keri.
Chef Naem juga turut menjadi juri Pertandingan “Masak QFISH Cara Saya”. Peserta pertandingan tersebut adalah dikalangan Pengurusan Tertinggi LKIM dan Pengarah Bahagian LKIM serta pengunjung yang hadir.
Sebelum pertandingan tersebut bermula, Chef Naem berkesempatan memasak bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub dan isteri, YBhg. Datin Seri Fatimah binti Taha membuat demonstrasi masakan seperti Belangkas Asam Pedas dan Ikan Cencaru QFISH Sumbat sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah LKIM, YBhg. Datuk Jamaluddin bin Othman.
Gambar penuh Video penuh Sila Imbas kod QR Sila Imbas kod QR
BULETIN LKIM 2019
I EDISI MEI - DISEMBER 2019 22