Page 24 - LKIMBULETIN2019
P. 24

21 BULETIN LKIM 2019 I
DARI DAPUR
CHEF ANIS NABILAH
Penampilan khas Chef Anis Nabilah di Dari Dapur MySeafood@HPPNK 2019 menjadi tarikan utama pengunjung di HPPNK 2019. Chef Anis Nabilah berkesempatan memasak dua (2) menu masakan dengan menggunakan dua (2) jenis ikan produk QFISH iaitu ikan tilapia dan ikan aya (tongkol).
Turut serta semasa demonstrasi masakan adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid dan diserikan oleh Ketua Pengarah LKIM, YBhg. Datuk Jamaluddin bin Othman.
Selain daripada memasak ikan QFISH, Chef Anis Nabilah juga turut memberi penerangan kepada pengunjung yang hadir berkenaan cara bagaimana untuk menyahbekukan (defrost) ikan QFISH tersebut dengan betul supaya kualiti isi ikan tidak terjejas.
Chef Anis Nabilah berkesempatan membuat demonstrasi masakan QFISH iaitu Ikan Tilapia Geprek dan Ikan Aya Bakar dengan Spaghetti Arrabbiata.
Gambar penuh Sila Imbas kod QR
EDISI MEI - DISEMBER 2019


































































































   22   23   24   25   26