Page 20 - LKIMBULETIN2019
P. 20

17
BULETIN LKIM 2019 I
EDISI MEI - DISEMBER 2019
PERASMIAN PAVILLION MYSEAFOOD 2019 & PENYAMPAIAN GERAN GAM DAN HIP
LKIM telah menonjolkan konsep Dari Dapur MySeafood di HPPNK yang memberi peluang dan platform untuk mempromosikan produk perikanan dan makanan laut negara ke pasaran tempatan dan antarabangsa sekali gus dapat meningkatkan nilai eksport perikanan.
MySeafood 2019 telah dirasmikan oleh Pengerusi LKIM, YB Tuan Muhammad Faiz bin Fadzil pada 28 November 2019 sejurus Majlis perasmian HPPNK 2019. MySeafood 2019 ini dirasmikan di Pocket Stage MySeafood LKIM. Turut serta dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah LKIM; YBhg. Datuk Jamaluddin bin Otman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); YBrs. Encik Untong bin Keri, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); YM Raja Kahalid bin Raja Ariffin.
Konsep MySeafood 2019 pada kali ini terbahagi kepada beberapa komponen seperti Dari Dapur MySeafood, Pengisian Aktiviti berkaitan Perikanan di Pocket Stage, Pameran Hidupan Laut dan Ikan Segar, Belangkas Hidup dan Tanaman Aquaponic, Pendedahan Teknologi FSI (Fishing Identification System) kepada nelayan, Pameran Replika PPHP LKIM Geting, Kelantan, juga Virtual Reality – Kompleks Pendaratan LKIM dan Simulasi Vessel Perikanan oleh NEKMAT.
Antara tarikan pengunjung di MySeafood tersebut adalah penampilan khas Chef Anis Nabilah dan Chef Naem dalam segmen Memasak Cara Saya.
Selain itu, ikan tuna sirip kuning seberat 65 kilogram turut dipamerkan dan ianya menarik perhatian pemancing tegar dan kanak-kanak. Pelbagai aktiviti kanak-kanak turut disediakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan zapin anak nelayan dan ghazal. LKIM juga menganjurkan pertandingan terbuka kepada pengunjung seperti lekor roll, kopek kerang rebus menggunakan sebelah tangan, membungkus pepes, makan sata dan otak-otak serta pertandingan memasak QFISH juga turut diadakan.
Disamping itu Majlis Penyampaian Geran Agropreneur Muda (GAM) dan High Impact Product (HIP) kepada usahawan LKIM yang terpilih. Berikut merupakan penerima Geran GAM dan HIP tersebut.
Geran Agropreneur Muda (GAM)
1. Abdul Rahim bin Kassim - Projek Ternakan Kupang 2. Mohd Asrizam bin Mohamad - Projek Ternakan
Kupang
3. Noraini binti Nordin – Pemprosesan Produk Hasilan
Surimi
High Impact Product (HIP) / Produk Berimpak Tinggi
1. Otak-otak Mr Noh (JB) Sdn. Bhd
2. Pembinaan Baru Pasar Nelayan Parit Simen, Johor
Gambar penuh Sila Imbas kod QR


































































































   18   19   20   21   22