Page 21 - MAJALAH KHURAFAT (EDISI TERHAD)
P. 21

K H U R A F A T


             KESIMPULAN.



             Kesimpulan untuk isu ini ialah tindakan media mempopularisasikan alam
             mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara
             khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya. Perkara
             ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat. Masyarakat muslim yang
             sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang
             pemusatan akidah tanpa sedar. Oleh yang demikian,pihak berkuasa
             seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara
             drastik.
             Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga
             jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan
             kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika
             berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu
             membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman
             Di samping itu, kita hendaklah percaya bahawa meminta bantuan kepada
             makhluk lain selain Allah seperti jin dan syaitan akan memberikan kesan yang
             memudaratkan dan bukannya memperoleh manfaat dari apa yang diminta.
             Hal ini kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah malah tindakan ini
             akan mengakibatkan pemikiran umat islam terbelenggu dalam akidah sesat.
             Contohnya, melalui perjanjian syaitan dan iblis dalam lakonan Pak Osman,
             beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk memuaskan hatinya terhadap
             Ustaz Adam.(Munafik)
             “Tambahan pula, sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin
             terhadap persekitaran, kita perlulah sentiasa tegas dalam membanteras dan
             membendung masalah yang berkaitan pengamalan unsur-unsur khurafat
             dalam kalangan masyarakat. Segala kegiatan khurafat yang berlebihan dalam
             industri perfileman perlulah dielakkan dan dihapuskan. Mungkin perkara ini
             tidaklah memberi impak yang besar dalam keseluruhan masyarakat tetapi jika
             dibiarkan lama ianya pasti memberi kesan buruk kepada keseluruhannya.
             Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106,
              “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang
             tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan
              mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah
                           engkau orang-orang yang berlaku zalim”
              Maka dengan itu seharusnya kita lebih berwaspada dalam penghasilan filem yang
              berunsur khurafat tanpa tapisan dari pihak berkuasa akan tersebar meluas dalam
                                      negara.
             Akhir sekali, kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan
             juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi
             mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan
             masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi,
             kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan
             meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan
             khurafat.







                                                                                                KHURAFAT | 17
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25