Page 23 - MAJALAH KHURAFAT (EDISI TERHAD)
P. 23
BACAAN AYAT 48, SURAH AN-NISA'
48. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK
MENGAMPUNKAN DOSA SYIRIK
MEMPERSEKUTUKANNYA (DENGAN SESUATU
APAJUA) DAN AKAN MENGAMPUNKAN DOSA
YANG LAIN DARI ITU BAGI SESIAPA YANG
DIKEHENDAKINYA (MENURUT ATURAN
SYARIATNYA) DAN SESIAPA YANG
MEMPERSEKUTUKAN ALLAH (DENGAN
SESUATU YANG LAIN) MAKA DIA TELAH
MELAKUKAN DOSA BEDSAR
Sebaik-baik ubat adalah dengan mengamalkan ayat Al-Quran. Nabi
Ayob yang diuji dengan kesakitan selama 18 tahun mengikut riwayat
Al-Qurtubi, diberikan ayat Al-Quran untuk disembuhkan, bukannya
dengan tangkal atau azimat untuk dipakai. Allah mengarahkan Nabi
Ayub menghentakkan kaki ke bumi dan akan keluar daripadanya air
yang perlu digunakan untuk diminum dan dimandi
dengannya.Sehebat mana pun bomoh/bidan/tangkal yang diberikan,
hebat lagi Allah Rabbul Jalil. Janganlah mengagadaikan akidah kita
semata-mata kerana benda-benda yang tak boleh berbuat apa-apa
melainkan dengan izin Allah.
KHURAFAT | 19