Page 10 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 10

DASAR DAN PERATURAN TETAP GURU & AKP SMK DATOK LOKMAN,
                                                     KUALA LUMPUR



                1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH





                1.1 Guru dan staf AKP hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan
                kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai Teras Sekolah
                Menengah.


                1.2 Bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah.

                1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif sekolah.

                1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.


                1.5 Dalam menjalankan tugas meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi
                kepentingan peribadi.

                1.6 Semua guru ialah Guru Disiplin.


                1.7 Semua guru ialah Guru Kaunseling.




               2. KEDATANGAN


                2.1 Jadual waktu persekolahan atau waktu bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.

                2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 min it sebelum waktu persekolahan
               dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat.

                2.3 Guru /staf AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak
               dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.


                2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam
                keadaan kecemasan.

                2.5 Waktu bekerja semua staf AKP mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang
                berkuatkuasa.






                                                             vii
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15