Page 5 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 5

hadapan. Lantaran itu, komitmen dan usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan          adalah
               sebahagian daripada tugas utama kita bagi menjamin kualiti murid yang dihasilkan serta
               kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.


                       Bagi merealisasikan  PPPM, kita perlu    memiliki satu wawasan yang unggul untuk
               mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi
               supaya mampu meningkatkan keberhasilan sekolah dan kemenjadian murid. Hal ini jelas
               menunjukkan bahawa kita memikul amanah yang cukup mencabar untuk menjadikan anak mu rid
               mampu bersaing di peringkat global.


                       Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, kita perlu melihat ke hadapan dengan
               menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti
               tinggi kepada murid, melaksanakan       pembelajaran   dan pengajaran yang berkesan demi
               memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap
               optimum secara berterusan. Kita bukan sahaja harus berperanan sebagai suri teladan kepada
               mu rid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku, malah tu rut bersama-sama memikul hasrat KPM
               untuk menghasilkan murid yang dibangunkan dengan identiti nasional yang kukuh melalui
               pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.

                       Saya yakin, rasa kasih sayang kita kepada anak-anak Lokman telah menghasilkan
               kesungguhan untuk mendidik      dan membimbing mereka tanpa rasa jemu          dan putus asa.
               Keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta usaha yang berterusan akan
               menjadi azimat    untuk menjadikan mereka bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga
               cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk
               berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.

                       Betapa, atas daya usaha kita yang tidak mengenal erti jemu, kita melihat hasilnya iaitu
               pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah
               murid. Pencapaian membanggakan dalam peperiksaan merupakan satu petunjuk bahawa semua
               sentiasa komited dan gigih berusaha memastikan kelangsungan kecemerlangan SMK Datok
               Lokman.

                       Akhir kata, dengan tulus ikhlas saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati,
               diberikan kesihatan yang baik dan memperoleh kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan
               tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas, iltizam, dan komitmen yang tinggi.


               Semoga hid up kita semua diberkati Allah SWT.- Aamiin

               Yang benar




                (LATIFAH BINTI MOHD YUSOF)
                Pengetua
               SMK Datok Lokman
               Jalan Kampung Pandan
               55100 Kuala Lumpur



                                                              ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10