Page 4 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 4
KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin
dan limpah rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SMK
Datok Lokman tahun 2020.
Guru-guru yang dikasihi, pendidikan ialah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara.
Oleh itu, sistem pendidikan yang komprehensif dan mantap sejajar dengan perkembangan
zaman perlu dilaksanakan supaya modal insan yang dilahirkan mampu bersaing pada peringkat
antarabangsa.
Transformasi dalam pendidikan di negara kita telah dilaksanakan melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia {PPPM) 2013 -2025 yang kini memasuki Gelombang
2 pelaksanaannya. Gelombang 2 ini memberi penekanan kepada pembangunan pelajar secara
holistik agar mereka bersedia menghadapi cabaran dan persaingan abad ke-21.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah {KSSM) untuk Tingkatan 4 akan berkuat kuasa
mulai Januari 2020 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah {KBSM) akan
menambah baik aliran sains dan sastera dalam sistem pendidikan sedia ada. KSSM {Menengah
Atas) dilaksanakan bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengikuti
pengajian diminati di peringkat sekolah dan menggalakkan kemampuan mereka, selain
memenuhi sasaran kerajaan bagi melahirkan lebih ramai tenaga berkemahiran tinggi dalam
bidang STEM.
Kerangka KSSM berdasarkan lima tunjang, iaitu Komunikasi, Fizikal dan Estetika,
Penampilan diri, STEM serta Kerohanian, sikap dan nilai. Pelaksanaan KSSM membolehkan
pelajar menentukan hala tuju dan bidang kerjaya diminati lebih awal. Mereka berpeluang
memilih satu daripada empat pakej ditawarkan iaitu tiga pakej STEM serta pakej Sastera dan
Kemanusiaan. Setiap pelajar perlu mengikuti tiga kumpulan mata pelajaran iaitu teras, wajib dan
elektif. Mata pelajaran teras ialah Bahasa Malaysia, Bahasa lnggeris, Sejarah, Matematik, Sains
dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral. Mata pelajaran wajib pula terdiri Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Seiring dengan usaha untuk mentransformasi pendidikan negara, peranan kita sebagai
guru adalah paling utama. Hal ini kerana kita ialah golongan pelaksana yang berada di barisan