Page 4 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 4

KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2020

               Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

                       Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan  izin
               dan limpah  rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SMK
               Datok Lokman tahun 2020.

                       Guru-guru yang dikasihi, pendidikan ialah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara.
               Oleh  itu,  sistem  pendidikan  yang  komprehensif  dan  mantap  sejajar  dengan  perkembangan
               zaman perlu dilaksanakan supaya modal insan yang dilahirkan mampu bersaing pada peringkat
               antarabangsa.

                       Transformasi  dalam  pendidikan  di  negara  kita  telah  dilaksanakan  melalui
               Pelan  Pembangunan  Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 yang kini  memasuki Gelombang
               2 pelaksanaannya. Gelombang 2 ini memberi penekanan kepada pembangunan pelajar secara
               holistik agar mereka bersedia menghadapi cabaran dan persaingan abad ke-21.

                       Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk Tingkatan 4 akan  berkuat kuasa
               mulai Januari 2020 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) akan
               menambah baik aliran sains dan sastera dalam sistem pendidikan sedia ada. KSSM (Menengah
               Atas) dilaksanakan bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengikuti
               pengajian  diminati  di  peringkat  sekolah  dan  menggalakkan  kemampuan  mereka,  selain
               memenuhi  sasaran  kerajaan  bagi  melahirkan  lebih  ramai  tenaga  berkemahiran  tinggi  dalam
               bidang STEM.

                       Kerangka  KSSM  berdasarkan  lima  tunjang,  iaitu  Komunikasi,  Fizikal  dan  Estetika,
               Penampilan  diri,  STEM  serta  Kerohanian,  sikap  dan  nilai.  Pelaksanaan  KSSM  membolehkan
               pelajar  menentukan  hala  tuju  dan  bidang  kerjaya  diminati  lebih  awal.  Mereka  berpeluang
               memilih satu daripada empat pakej ditawarkan iaitu tiga pakej STEM serta pakej Sastera dan
               Kemanusiaan. Setiap pelajar perlu mengikuti tiga kumpulan mata pelajaran iaitu teras, wajib dan
               elektif. Mata pelajaran teras ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains
               dan  Pendidikan  Islam  atau  Pendidikan  Moral.  Mata  pelajaran  wajib  pula  terdiri  Pendidikan
               Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.


                       Seiring dengan usaha untuk mentransformasi pendidikan negara, peranan kita sebagai
               guru adalah paling utama. Hal ini kerana kita ialah golongan pelaksana yang berada di barisan

                                                              i
   1   2   3   4   5   6   7   8   9