Page 5 - SMK DATOK LOKMAN 2020
P. 5

hadapan.  Lantaran  itu,  komitmen  dan  usaha  mempertingkatkan  kualiti  pendidikan  adalah
               sebahagian  daripada  tugas  utama  kita  bagi  menjamin  kualiti  murid  yang  dihasilkan  serta
               kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa hadapan.

                       Bagi  merealisasikan  PPPM,  kita  perlu  memiliki  satu  wawasan  yang  unggul  untuk
               mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi
               supaya  mampu  meningkatkan  keberhasilan  sekolah  dan  kemenjadian  murid.  Hal  ini  jelas
               menunjukkan bahawa kita memikul amanah yang cukup mencabar untuk menjadikan anak murid
               mampu bersaing di peringkat global.

                       Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, kita perlu melihat ke hadapan dengan
               menguruskan tugas semasa terutama yang berkaitan dengan penyampaian pendidikan berkualiti
               tinggi  kepada  murid,  melaksanakan  pembelajaran  dan  pengajaran  yang  berkesan  demi
               memperkembangkan  potensi  murid  secara  menyeluruh  dan  pencapaian  murid  pada  tahap
               optimum secara berterusan. Kita bukan sahaja harus berperanan sebagai suri teladan kepada
               murid dalam apa juga tindakan dan tingkah laku, malah turut bersama-sama memikul hasrat KPM
               untuk  menghasilkan  murid  yang  dibangunkan  dengan  identiti  nasional  yang  kukuh  melalui
               pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum serta aspek pembangunan sahsiah murid.

                       Saya  yakin,  rasa  kasih  sayang  kita  kepada  anak-anak  Lokman  telah  menghasilkan
               kesungguhan  untuk  mendidik  dan  membimbing  mereka  tanpa  rasa  jemu  dan  putus  asa.
               Keikhlasan kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab serta usaha yang berterusan akan
               menjadi  azimat  untuk  menjadikan  mereka  bukan  sahaja  cemerlang  akademik,  tetapi  juga
               cemerlang  sahsiah,  cemerlang  peribadi  dan  mempunyai  jati  diri  yang  utuh  lagi  kental  untuk
               berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.

                       Betapa, atas daya usaha kita yang tidak mengenal erti jemu, kita melihat hasilnya iaitu
               pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah
               murid. Pencapaian membanggakan dalam peperiksaan merupakan satu petunjuk bahawa semua
               sentiasa  komited  dan  gigih  berusaha  memastikan  kelangsungan  kecemerlangan  SMK  Datok
               Lokman.

                       Akhir  kata,  dengan  tulus  ikhlas  saya  berdoa  semoga  kita  semua  sentiasa  diberkati,
               diberikan kesihatan yang baik dan memperoleh kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan
               tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas, iltizam, dan komitmen yang tinggi.

               Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT.- Aamiin

               Yang  benar

               …………………………………………….

               (LATIFAH BINTI MOHD YUSOF)
               Pengetua
               SMK Datok Lokman
               Jalan Kampung Pandan
               55100 Kuala Lumpur



                                                              ii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10