Page 113 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 113
MANUAL PENGURUSAN 2020
PEKELILING PEPERIKSAAN DALAMAN
1. PERINGATAN UNTUK GURU
1.0 Pengawasan Peperiksaan Dalaman
1.1 Pada waktu terakhir sehari sebelum peperiksaan bermula, sila pastikan semua
meja disusun dengan laci menghadap ke depan. Pastikan jarak di antara meja
cukup jauh supaya dapat mengelakkan kes peniruan berlaku. Tempat duduk
pelajar hendaklah disusun mengikut abjad atau angka giliran.
1.2 Pada setiap hari peperiksaan, semua beg mesti disusun di belakang kelas.
Pastikan kelas bersih, meja teratur, sampah dikutip sebelum dan selepas
peperiksaan.
1.3 Semua kertas soalan mestilah diambil dari Bilik Urus Setia Peperiksaan pada
jam 7.25 pagi (sesi pagi).Guru-guru mesti menandatangani borang
pengambilan kertas soalan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
1.4 Tambahan: Jika terlewat, ambil kunci di pejabat dan isi buku log penggunaan
Bilik Urus Setia Peperiksaan.
1.5 Guru hendaklah meminta murid menyemak kertas soalan yang diterima
terutamanya mata pelajaran, kertas dan bilangan halaman bercetak.
1.6 Kertas jawapan hendaklah dikutip dan diserahkan bersama dengan label kertas
soalan kepada guru yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Sila serahkan
kertas jawapan untuk guru yang tidak hadir ke sekolah kepada Setiausaha
Peperiksaan.
1.7 Sekiranya masa peperiksaan mengambil masa waktu rehat, guru mata pelajaran
waktu ke-6 (Tingakatan 1-3) / 7(Tingkatan 4-5) harus masuk mengawas.
1.8 Guru-guru diminta jangan meninggalkan kelas sebelum guru waktu berikutnya
sampai.
1.9 Bahan / alat tulis/ kertas jawapan perlu disediakan oleh murid. Kertas jawapan
objektif yang berlebihan hendaklah dikumpul pada akhir setiap ujian dan
diletakkan semula ke dalam bilik S/U peperiksaan.
1.10 Guru-guru tidak dibenarkan menyemak kertas jawapan peperiksaan semasa
mengawas.
1.11 Murid-murid dibenarkan membuat ulangkaji sebelum peperiksaan bermula
tetapi semasa peperiksaan berlangung, murid-murid tidak boleh mengeluarkan
107 | P a g e