Page 114 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 114
MANUAL PENGURUSAN 2020
sebarang buku rujukan/ buku teks untuk mengulangkaji walaupun telah selesai
menjawab.
1.12 Hanya alat tulis dan kertas jawapan RPS (helaian yang mencukupi) sahaja
dibenarkan berada di atas meja.
1.13 Kalkulator saintifik dibenarkan untuk semua mata pelajaran kecuali
Matematik Kertas 2 Tingkatan 1, 2 dan 3.
2.0 Koleksi Soalan
2.1 Guru penggubal soalan perlu menyediakan soalan-soalan berdasarkan JSU.
2.2 Guru penggubal soalan juga perlu menyediakan skema pemarkahan dan
hendaklah disemak oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia sebelum dihantar untuk
cetakan.
2.3 Guru penggubal soalan perlu mengepilkan satu set kertas soalan tambahan
(untuk koleksi bank soalan) bersama-sama skema jawapan untuk diserahkan
kepada Setiausaha Peperiksaan. Masukkan ke dalam fail yang telah disediakan
di bilik s/u peperiksaan.
3.0 Murid Yang Tidak Hadir
3.1 Tidak ada ‘close paper’ bagi murid yang tidak hadir. Guru-guru mata pelajaran
boleh membincang soalan-soalan dengan kelas masing-masing selepas
peperiksaan tamat.
Murid yang tidak hadir untuk peperiksaan dicatatkan markah TH dalam slip
keputusan.
4.0 Murid yang Tidak Hadir Tetapi Tidak Menjawab atau Mendapat Markah 0
4.1 Bagi kes ini, guru mata pelajaran tidak boleh key-in markahnya sebagai “0”
kerana sistem analisis peperiksaan akan menganggap murid ini sebagai tidak
hadir. Ini akan menyebabkan jumlah calon sebenar dengan jumlah murid yang
menduduki peperiksaan tidak sama. Kecuali murid menghadapi penyakit
kronik yang berpanjangan.
4.2 Jadi guru mata pelajaran sila key-in 1 markah kepada murid ini.
5.0 Murid Yang Mewakili Sekolah
5.1 Hanya murid yang mewakili sekolah semasa ujian atau peperiksaan akan
diberi peluang menduduki semula ujian atau peperiksaan sejurus selepas tamat
mewakili sekolah.
108 | P a g e