Page 137 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 137

MANUAL PEGURUSAN 2020




            DAN  BAHAWASANYA  adalah  dianggap  sesuatu  yang  perlu,  selagi  selaras  dengan  dasar  itu,dengan

            menyediakan pengajaran yang cekap dan   selagi tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah
            untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing:


            MAKA ,OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda
            Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam

            Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya.
                                                                     Rujukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)



            1.2    PENGENALAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID


                  Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Hal ini

                bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan
                sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.


                  Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi  dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya
                terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya

                menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak
                dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.Ini

                kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti
                tenaga  manusia  yang  dihasilkan  oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi
                jasmani,  emosi  ,rohani,  dan  intelek  sebagaimana  yang  tercerna  dalam  Falsafah  Pendidikan Kebangsaan

                bukanlah satu perkara yang mudah. Pada peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih
                berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya

                dalam bidang akademik dan bukan akademik.










           130 | P a g e
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142