Page 139 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 139

MANUAL PEGURUSAN 2020


            1.4    DASAR PENGURUSAN KELAS

                    Menanda kehadiran murid dalam e-kehadiran

                     a)      Semua  butiran  murid  hendaklah  dilengkapkan  dalam  APDM  dan  dikemaskini  pada  atau
                             sebelum 15 Januari 2020.
                     b)      Menandakan  e-kehadiran  pada  setiap  hari  persekolahan  sebelum  pukul  9.00  pagi.  Sila
                             ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng sekolah. Murid yang
                             datang lewat dikira sebagai hadir. Bagaimanapun, guru mata pelajaran perlu menulis nama
                             murid yang lewat atau ponteng dalam Buku Pemantauan Kelas.
                     c)       Mentor atau penyelaras tingkatan hendaklah menanda kehadiran murid jika guru tingkatan
                             tidak hadir.
                     d)      Guru tingkatan akan print kehadiran bulanan dalam e-kehadiran serta difailkan dalam fail
                             kehadiran mengikut tingkatan.
                     e)      Guru tingkatan dikehendaki membuat rumusan kehadiran pada akhir bulan untuk merekodkan

                             jumlah murid tidak hadir dan punca tidak hadir dalam borang yang disediakan.
                      f)  Jika sistem e-kehadiran mengalami masalah, kehadiran hendaklah ditulis secara manual dalam

                              senarai kelas dan ditanda dalam e-kehadiran setelah system tersebut pulih.
                     g)  Guru tingkatan bertanggungjawab untuk memastikan data APDM murid lengkap, tepat dan
                             mempunyai naklumat yang terkini, termasuklah:

                             i.  Nama penjaga pertama dan kedua
                             ii.  Pendapatan penjaga pertama mesti dilengkapkan/ ada gaji

                             iii. Alamat yang lengkap/ terkini
                             iv. No telefon bapa/ ibu/ penjaga yang boleh dihubungi


            1.5   MURID “BUKAN WARGANEGARA” (MBWN)

                      Bagi  murid  “Bukan  Warga  Negara”(MBWN)  ,Yuran  Warga  Asing  bagi  sekolah  menengah setiap
                  tahun wajib dibayar di Unit Akaun JPWP terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit

                  bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut
                  arahan Pendaftar Sekolah.

                      MBWN juga dikehendaki membayar Sumbangan PIBG, Bayaran Tambahan semasa berada di sekolah

                  ini. Murid MBWN juga tidak akan menerima bantuan SPBT dan bantuan-bantuan yang lain daripada KPM.

                      MBWN tidak layak untuk menerima bantuan SPBT. Murid dikehendaki membeli sendiri buku teks
                  mengikut  keperluan.  Murid  MBWN  tidak  dibenarkan bertukar sekolah. Jika hendak bertukar sekolah,

                  MBWN dikehendaki berhenti sekolah dahulu kemudian membuat permohonan baru ke sekolah yang dipilih
                  melalui Jabatan Pendidikan Negeri.


           132 | P a g e
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144