Page 144 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 144
MANUAL PEGURUSAN 2020
2.0 DASAR PENGURUSAN DISIPLIN MURID
2.1 Ponteng Sekolah
a) Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
b) Guru Kelas hendaklah menandakan kehadiran dalam e-kehadiran APDM.
c) Kehadiran dalam APDM mesti diisi sebelum pukul 9.00 pagi pada hari yang sama.
d) Jadual penghantaran surat amaran kes ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng
Berkala/Tidak
Berterusan
Amaran I 3 hari berturut-turut 10 hari
Amaran II 7 hari selepas Surat 10 hari selepas Surat Amaran
Amaran Pertama Pertama
Amaran III 7 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat Amaran
Amaran Kedua Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas Surat 20 hari selepas Surat Amaran
Amaran Ketiga Ketiga
Jumlah
31 hari 60 hari
Keseluruhan
e) Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod
Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibu bapa/penjaga (dalam fail surat
amaran 1, 2 dan 3).
f) Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
• Amaran 1: Ditandatangani oleh GPK HEM
• Amaran 2: Ditandatangani oleh GPK HEM
• Amaran 3: Ditandatangani oleh Pengetua
• Buang Sekolah: Ditandatangani oleh Pengetua.
• Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail
Rekod Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru kelas
berkenaan.
137 | P a g e