Page 149 - SMK ALAM DAMAI 2020
P. 149

MANUAL PEGURUSAN 2020


                           2.9  Pengurusan Perhimpunan


                           a)  Perhimpunan diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu (Isnin). Masa perhimpunan 30
                               minit untuk sekolah ini , kemudian dimasukkan dalam jadual waktu induk dan kelas.

                           b)  Perhimpunan akan diuruskan oleh penyelaras perhimpunan, guru bertugas dan pengawas
                               sekolah, Badan Khas dan Badan Beruniform
                           c)  Semua guru dan murid wajib menghadiri perhimpunan kecuali tidak sihat atau sakit.

                           d)  PK  HEM  atau  Penyelaras  Perhimpunan  perlu  menyediakan  Rekod  Kehadiran  Guru  ke
                               perhimpunan untuk memastikan semua guru hadir bagi membantu pengawasan murid dan

                               bertindak sebagai role model.
                           e)  Semua guru mesti berada di atas pentas kecuali guru disiplin dan guru bertugas yang perlu

                               berada di dalam dewan untuk mengawasi murid.
                           f)  Murid  yang  datang  setelah  perhimpunan  bermula  tidak  dibenarkan  masuk  kerana  akan
                               mengganggu perhimpunan. Mereka dikehendaki berbaris di luar dewan.

                           g)  Guru  Pengawas  perlu  memastikan  pengawas  menjalankan  tugas  seperti  mengelolakan
                               perhimpunan,  mengawasi  murid  di  dalam  dewan  dan  mengadakan    pemeriksaan  rutin

                               mingguan dengan teratur.
                           h)  Guru disiplin perlu memastikan murid memakai pakaian rasmi semasa perhimpunan rasmi
                               sekolah pada setiap hari Isnin.


                           2.10  Pengurusan Pakaian Sukan

                           a)   Murid tidak dibenarkan memakai track bottom sempit, bercorak, berfesyen  atau berwarna
                                lain selain daripada warna hitam atau biru gelap.

                           b)   Murid digalakkan memakai track bottom sekolah.
                           c)   Murid  tidak  dibenarkan  memakai  kasut  sukan  tetapi  hendaklah  menggunakan  kasut

                                sekolah biasa.
                           d)   Semua pakaian sukan, kokurikulum atau pakaian badan beruniform mestilah mengandungi
                                nama/ name tag dan lencana sekolah.

                           e)   Tudung hitam hanya dibenarkan untuk aktiviti badan beruniform sahaja.











           142 | P a g e
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154